KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadangan Perhutanan Sarawak yang antara lain memperhalusi, mengukuh dan menambah baik rangka kerja undang-undang bagi perlindungan dan pengurusan kawasan serta hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di Sarawak.
Dibentangkan oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Ketika membentangkan RUU tersebut, Awang Tengah berkata RUU itu juga bagi memastikan tiada pertindihan tugas antara Jabatan Perhutanan Sarawak dan Perbadangan Perhutanan Sarawak.
"Dengan meluluskan RUU ini, ia akan mencapai objektif untuk menambah baik, mengukuh dan mempertingkatkan undang-undang berkaitan dengan perlindungan serta pengurusan kawasan dan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di Sarawak selain memastikan tiada pertindihan tugas antara kedua-dua agensi kerajaan.
"Melalui penyelarasan tanggungjawab, langkah perundangan ini mampu memperkukuhkan usaha pemeliharaan alam sekitar yang berterusan selain memupuk amalan pelancongan yang bertanggungjawab seiring dengan keseimbangan alam semula jadi," katanya.
Awang Tengah berkata pindaan itu menandakan strategi penting ke arah mengutamakan kepelbagaian biodiversiti dan warisan semula jadi Sarawak,
"Memperkasakan Perbadanan Perhutanan Sarawak dengan mandat untuk menerajui inisiatif perlindungan hidupan liar dan menyelia pemeliharaan rizab serta taman alam semula jadi ini, mengukuhkan komitmen Sarawak untuk menjaga kekayaan ekologinya," katanya.
Beliau menambah kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mewartakan sejuta hektar kawasan tanahnya sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya menjelang 2025.
"Setakat ini, kita telah mewartakan sejumlah 2,118,249.53 hektar terdiri daripada 874,523.53 hektar tanah dan 1,243,726.00 hektar (kawasan air)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadangan Perhutanan Sarawak. - Gambar hiasan/BERNAMA
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga akan dilancar - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga dalam masa terdekat, bagi menangani isu keselamatan golongan berkenaan di alam siber, kata Menter
Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak bertemakan Malaysia Madani
Dr Wan Azizahm elancarkan enam buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia Madani sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion
Kerajaan Sarawak pada Isnin mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu, dengan nilainya mencecah RM12.3 bilion.